Thursday 11 December 2014

December

I tak tahu nak cakap macam mana
Cuma i rindu you faz

Sedih kalau tak boleh move on dengan 
kenangan lama.

Nanti kita jumpa
Kita mulakan kenangan baru

Janji

Tuesday 2 December 2014

PARAH

Makin hari makin teruk
Penyakit ni
Harap tuhan tak tarik nikmat makan aku.

Janji kau selalu ingat kan makan kepada pacarmu ini

ikhlas hamba mu ini

Monday 17 November 2014

Teringat

Benda yang paling aku tak gemar
Siksa , pedih 
Tipu kalau aku cakap aku tak rindu
Cuba nak buang perasaan tu
Tapi susah
Kadang kadang terfikir kenapa 
Kita tak boleh macam pasangan lain


Malas nak luahkan
Cuma nak cakap rindu
Kalau baca text la
Sebab ego aku tinggi nak text kau. 

Friday 7 November 2014

Peluang untuk aku

siapa sangka
aku yang hampir dua dekad hidup di dunia ni
hasil dari peluang kedua hidup

aku tak pernah sangka dulunya
aku pernah lemah
dua dekad lepas aku berterima kasih
kepada Allah dan mak abah
terus sayang dan bagi aku peluang ini.

untuk kali ini,
aku mengharapka apa yang pernah
berlaku sedekad lepas tak kembali.

jauhi aku dari penyakit itu.
Doakan aku terus sembuh
atau mungkin bila kau buka mata nanti
aku sudah tiada untuk menghirup udara segar.

selamat malam ini pesan aku yang terakhir,
kerna aku manusia paling susah untuk mencintai manusia lain. selain dari keluargaku.

Thursday 6 November 2014

kejam

wei move on la nurul
orang tu dah tak rasa kau penting
buat penat je kau nak layan
rasa sakit hati tu.

bro,
aku tahu aku tak kuat macam kau
lepas tu aku tak tahu nak cakap apa

cuma nak cakap
doakan la aku terus kuat
nak hadap satu satu dugaan ni.

Sunday 2 November 2014

we are done

7 days

Damn i miss you MF

Friday 31 October 2014

suprise

aku paling suka kejutan
tapi aku tak suka kejutan yang tak gembira

aku mahu nya begini.

nonton wayang sama sama
cerita nya antara kita,
makan nya kongsi kongsi

jalan jalan sambil pimpin tangan
kamu pingin nggak ada suprise begitu.

kalau bisa aku tu mahunya sederhana aja.

habis itu kita sama sama tidur atas sofa.

yang aku letak di ruang tamu kita.


mahal mana hadiah hadiah aku,
aku tu mahunya kejutan yang kamu lakukan.

selanjutnya malam pangeran aku.

Saturday 3 May 2014

HATI

Siapa yang akan tahu perempuan ni selalu menangis dalam hati dia.
Depan kawan kawan depan keluarga dia mampu tersenyum.

Perempuan mana yang tak kuat
Bila tengok kawan dia bahagia
Tiada siapa yang tahu

Awak selamat berjaya esok
Saya malu nak send text
Good luck muhammad Fazrul

Thursday 1 May 2014

Ajarkan Aku

Kau boleh pergi jauh dari realiti
Kau boleh buat apa yang hati kau gembira
Kau boleh buat semua tu.

Kau bicara seperti
Tak pe yang sakit nanti kau.
Kau yang pilih
Kau tanggung sendiri

Aku benci bila hati dirembat
Aku benci untuk tipu hati sendiri
Aku benci pura pura bahagia

Satu hari nanti kau harus ingat
Aku antara perempuan
Yang hati nya berkecai
Sedikit bahagia pun tiada untuk dia

Kau tahu tak apa yang terjadi sekarang
Dia jadi hati kering
Aku sendiri takut
Kalau kalau aku benci lelaki

Bro ajar aku macam mana nak chill
Aku perlukan.

Monday 21 April 2014

orang kata perempuan itu lemah


Tolong jangan buat aku kehilangan senyuman dengan kata-kata kamu yang hanya mahu menikam belati dari belakang. Ah, betapa kau tidak suka aku mengukir senyuman kepada dunia ya? Bukankah kau sudah menjadi pemilik senyuman pada suatu masa yang lama?

Aku manusia beku yang seringkali senyum tidak mengira dengan siapa. Mungkin aku sudah terbiasa dengan konsep, senyum dengan sesiapa sahaja dan aku biasanya menambah kenalan di mana-mana dengan dimulakan oleh senyuman. Ah, memang di saat ini aku merasakan dengan senyuman, aku lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja. Ya, semuanya baik apabila aku senyum dan merelakan apa yang terjadi.

Sunday 6 April 2014

renyai

Kekasih,
Kenapa perlu ada ex dalam hatimu?
Apakah kau masih keliru,
atau kenangan masih kuat di kalbu?

Kekasih,
Aku berikan kau satu contoh,
Semoga kau tak bodoh,
Dia umpama mimpi yang hodoh,
dan aku pula potensi jodoh.

Apakah kau mahu pilih hodoh berbanding jodoh? 

Oh, mungkin kau kira kau dan dia masih punya peluang,
Selepas berjuta kali dia siakan,
Selepas tujuh malam kau menangis sakan,
Selepas kau sakit tak lalu makan.

Woi woi woi,
Siapa yang datang beri harapan?
Ni dia, ni dia orangnya.
Kahkahkah. Real real.

Kekasih,
Hilanglah segala ingatan,
Aku rela kau lupakan,
Kenangan manis kita andai kau bisa lupuskan juga kesengsaraan.

Dia ibarat lirik lagu bangang yang lekat di otak bukan?

Kenapa perlu ada ex dalam hatimu?
Kenapa kenapa kenapa?
Oh God, tell me why.
Ku tak mahu kau terus terbuai.

Dengan memori kau dan dia berpegangan tangan,
Dengan memori kau dan dia masih berpacaran,
Dengan memori kau berjumpanya di bawah sinar rembulan.

Bukankah aku ada dan aku juga punya tangan?

Kau masih cintakan dia?
Kau masih mahukan dia?

Friday 4 April 2014

TUJUH HARI

tanggal yang ke berapa saya hampir lupa
Perkenalan kita tanpa dijangka, untuk menjadi yang terapat antara kawan mungkin kita yang paling bahagia.senyuman yang paling sempurna.
Jujur untuk luahkan perasaan lebih dari perasaan malu dan takut.
Biarlah rasa tadi simpan erat erat dalam hati. Untuk ungkapkan satu kesilapan
Kerana jarak kita sekarang ibarat musuh yang tidak bertegur.Senyuman pada setiap hari di bibir mugkin satu tipu helah untuk menutup rasa dihati.
Korbankan perasaan kasih cinta dan kasih kawan dua dua amat perit untuk dilalui.sangat perit untuk dirasa, kehilangan seorang pencinta dan kehilangan sahabat rapat terkesan dalam diri.

Tujuh hari lagi kenangan di lendu akan menjadi kenangan, permulaan cerita kita, rindu yang hampir membuatkan hati bagai dihiris halus, tak terkesan pada awak dan terkesan dalam pada saya.

Tujuh hari lagi tiada lagi tempat terindah untuk diingati , termenung dalam hati kecil mungkinkah kau berperasaan seperti aku.Atau hanya perasaan yang selalu gundah gulana memikirkan pengakhirannya begini.

Tujuh hari lagi untuk ingat ingat setiap sudut di daerah cinta berputik. Dari awalnya seperti bermimpi dan akhirnya ia seperti menjadi bubur yang dimakan tawar ditelan tak berasa.


Awak saya teringat lagi mungkin sebagai  permulaan saya untuk menjadi kuat dan teruskan dengan kegembiraan yang hanya pura pura.

MUNGKIN

Mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik
Mungkin aku bukan pencinta yang terbaik
Mungkin aku yang selalu bikin masalah
Mungkin aku sedari baru sekarang

Mungkin aku ditinggalkan kerana ini
Mungkin aku dipinggirkan kerana ini
Mungkin hari ini aku dapat melihat
Semua yang indah indah.

Tirai empat april akan menjadi kenangan
Mungkin aku bukan seorang penjanji yang setia
Mungkin aku selalu bercumbuan pada cerita busuk sahaja.


Aku terima untuk kesalahan ini
Aku sedar untuk setiap perkara


Thursday 6 March 2014

pergi jauh dari sini

Tahap kejiwangan aku dah capai tahap termaksima.Kalau ada sayap,sekarang aku terbang.

Jom?
Pergi jauh dari sini.

Friday 28 February 2014

Perempuan memang begitu

Definisi untuk seorang perempuan
Banyak tak ada satu pun yang salah.

Kau lelaki kalau tak tahu jangan menafsir bukan bukan.

Kadang kadang aku teringin nak
Biarkan lelaki ni rasa sakitnya sengugut,
Supaya nanti dia tak ada la mengomel
Comel di telinga perempuan.

Wahai lelaki aku harap kau sabar,
Perempuan memang begini
Selalu bertalam dua muka.

Sedekad aku hidup
Tak pernah lagi aku dapat kawan yang
Tak mulutnya lancang.
Jangan cakap orang aku sendiri pun.
Umpama bagi darah manis pada nyamuk yang datangnya tanpa diundang.

Lelaki jangan pelik bila perempuan 
Benci sama sendiri 
Perempuan sanggup buat apa saja
Untuk darah daging dia.

Jangan terkejut tapi itu la hakikat.
Menyalak macam anjing pada hakikatnya pengecut berdepan.

Jadi perempuan bukan senang
Ulang lagi sekali bukan senang.

Teriak bagai nak gila
Orang tetap ingat dia perempuan yang 
Dasarnya bohsia yang tahu jual maruah saja.

Mana pergi akalmu
Lelaki jangan gopoh 
Lelaki jangan mudah terpedaya
Sebab semua ni belum habis.





Sunday 16 February 2014

Tarik tali

Dulu dulu,
Kau selalu tabur janji manis
Janji yang buat aku tiap hari makin sayang.

Ada satu hari tu,
Soalan yang paling mudah
Telah aku tanya pada kau
Dan jawapan itu paling sakit,
Paling terkilan.

Semua janji yang kau tabur tadi
Macam di ragut ragut 

Kau kata 
Tolong la pergi,
Aku tak sayang kau,
Tolongla faham,
Kau boleh move on.



Kini
Kau tahu ,
Lagi sikit je 
100 peratus aku boleh move on

Secara fizikal memang aku
Tak boleh lawan kau

Janji kau yang manis manis tadi
Macam baja taik kambing
Terlalu mudah ia menyerap
Lalu menghasilkan
Bunga bunga yang mekar


Kau tahu aku sayang kau
Kau tahu aku terhegeh hegeh
Kau tahu aku cinta mati untuk kau



Namun apa yang kau bagi kini
Tak sewangi mula mula kita kenal

Aku benci untuk membenci kau
Tapi aku kena berpura pura yang
Kau kini memang tak sayang aku.

Nota kaki:kau akan terima apa yang pernah kau lakukan.Aku pasti





Atas katil bilik tun puteri.

Saturday 18 January 2014

BEKAS KEKASIH

Sesekali aku rindukan kau wahai bekas kekasih,
yang jadikan aku lebih lebih bersedia dan tabah
Untuk ditinggalkan dan untuk disisih

Terima Kasih.