Friday, 28 February 2014

Perempuan memang begitu

Definisi untuk seorang perempuan
Banyak tak ada satu pun yang salah.

Kau lelaki kalau tak tahu jangan menafsir bukan bukan.

Kadang kadang aku teringin nak
Biarkan lelaki ni rasa sakitnya sengugut,
Supaya nanti dia tak ada la mengomel
Comel di telinga perempuan.

Wahai lelaki aku harap kau sabar,
Perempuan memang begini
Selalu bertalam dua muka.

Sedekad aku hidup
Tak pernah lagi aku dapat kawan yang
Tak mulutnya lancang.
Jangan cakap orang aku sendiri pun.
Umpama bagi darah manis pada nyamuk yang datangnya tanpa diundang.

Lelaki jangan pelik bila perempuan 
Benci sama sendiri 
Perempuan sanggup buat apa saja
Untuk darah daging dia.

Jangan terkejut tapi itu la hakikat.
Menyalak macam anjing pada hakikatnya pengecut berdepan.

Jadi perempuan bukan senang
Ulang lagi sekali bukan senang.

Teriak bagai nak gila
Orang tetap ingat dia perempuan yang 
Dasarnya bohsia yang tahu jual maruah saja.

Mana pergi akalmu
Lelaki jangan gopoh 
Lelaki jangan mudah terpedaya
Sebab semua ni belum habis.