Friday 4 April 2014

TUJUH HARI

tanggal yang ke berapa saya hampir lupa
Perkenalan kita tanpa dijangka, untuk menjadi yang terapat antara kawan mungkin kita yang paling bahagia.senyuman yang paling sempurna.
Jujur untuk luahkan perasaan lebih dari perasaan malu dan takut.
Biarlah rasa tadi simpan erat erat dalam hati. Untuk ungkapkan satu kesilapan
Kerana jarak kita sekarang ibarat musuh yang tidak bertegur.Senyuman pada setiap hari di bibir mugkin satu tipu helah untuk menutup rasa dihati.
Korbankan perasaan kasih cinta dan kasih kawan dua dua amat perit untuk dilalui.sangat perit untuk dirasa, kehilangan seorang pencinta dan kehilangan sahabat rapat terkesan dalam diri.

Tujuh hari lagi kenangan di lendu akan menjadi kenangan, permulaan cerita kita, rindu yang hampir membuatkan hati bagai dihiris halus, tak terkesan pada awak dan terkesan dalam pada saya.

Tujuh hari lagi tiada lagi tempat terindah untuk diingati , termenung dalam hati kecil mungkinkah kau berperasaan seperti aku.Atau hanya perasaan yang selalu gundah gulana memikirkan pengakhirannya begini.

Tujuh hari lagi untuk ingat ingat setiap sudut di daerah cinta berputik. Dari awalnya seperti bermimpi dan akhirnya ia seperti menjadi bubur yang dimakan tawar ditelan tak berasa.


Awak saya teringat lagi mungkin sebagai  permulaan saya untuk menjadi kuat dan teruskan dengan kegembiraan yang hanya pura pura.

No comments: