Friday 4 April 2014

TUJUH HARI

tanggal yang ke berapa saya hampir lupa
Perkenalan kita tanpa dijangka, untuk menjadi yang terapat antara kawan mungkin kita yang paling bahagia.senyuman yang paling sempurna.
Jujur untuk luahkan perasaan lebih dari perasaan malu dan takut.
Biarlah rasa tadi simpan erat erat dalam hati. Untuk ungkapkan satu kesilapan
Kerana jarak kita sekarang ibarat musuh yang tidak bertegur.Senyuman pada setiap hari di bibir mugkin satu tipu helah untuk menutup rasa dihati.
Korbankan perasaan kasih cinta dan kasih kawan dua dua amat perit untuk dilalui.sangat perit untuk dirasa, kehilangan seorang pencinta dan kehilangan sahabat rapat terkesan dalam diri.

Tujuh hari lagi kenangan di lendu akan menjadi kenangan, permulaan cerita kita, rindu yang hampir membuatkan hati bagai dihiris halus, tak terkesan pada awak dan terkesan dalam pada saya.

Tujuh hari lagi tiada lagi tempat terindah untuk diingati , termenung dalam hati kecil mungkinkah kau berperasaan seperti aku.Atau hanya perasaan yang selalu gundah gulana memikirkan pengakhirannya begini.

Tujuh hari lagi untuk ingat ingat setiap sudut di daerah cinta berputik. Dari awalnya seperti bermimpi dan akhirnya ia seperti menjadi bubur yang dimakan tawar ditelan tak berasa.


Awak saya teringat lagi mungkin sebagai  permulaan saya untuk menjadi kuat dan teruskan dengan kegembiraan yang hanya pura pura.

MUNGKIN

Mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik
Mungkin aku bukan pencinta yang terbaik
Mungkin aku yang selalu bikin masalah
Mungkin aku sedari baru sekarang

Mungkin aku ditinggalkan kerana ini
Mungkin aku dipinggirkan kerana ini
Mungkin hari ini aku dapat melihat
Semua yang indah indah.

Tirai empat april akan menjadi kenangan
Mungkin aku bukan seorang penjanji yang setia
Mungkin aku selalu bercumbuan pada cerita busuk sahaja.


Aku terima untuk kesalahan ini
Aku sedar untuk setiap perkara