Monday 21 April 2014

orang kata perempuan itu lemah


Tolong jangan buat aku kehilangan senyuman dengan kata-kata kamu yang hanya mahu menikam belati dari belakang. Ah, betapa kau tidak suka aku mengukir senyuman kepada dunia ya? Bukankah kau sudah menjadi pemilik senyuman pada suatu masa yang lama?

Aku manusia beku yang seringkali senyum tidak mengira dengan siapa. Mungkin aku sudah terbiasa dengan konsep, senyum dengan sesiapa sahaja dan aku biasanya menambah kenalan di mana-mana dengan dimulakan oleh senyuman. Ah, memang di saat ini aku merasakan dengan senyuman, aku lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja. Ya, semuanya baik apabila aku senyum dan merelakan apa yang terjadi.

No comments: