Tuesday 31 December 2013

tolong mengerti

Minggu ni sahaja aku dah banyak kali meminta minta
Maafkan khilaf aku
Manusia yang biasa ,manusia yang sering melakukan kesalahan
Aku minta maaf
Aku tak bisa bertahan,aku terlampau cemburu
Aku sakit dengan semua ini

Terseksa?
Mungkin aku ,tapi biarlah aku yang merasa
Maaf kerna aku meninggikan suara
Bukan pintaku,aku mahukan secebis kasih sayang
Daripada kamu

sayang?
Memang aku masih sayang
Tapi aku harus pergi
Kerna kau terseksa dengan aku dan kau bahagia bersama dia
Maaf aku lukakan hati ini

Hati aku dipenuhi dengan daun daun yang layu
Tiada lagi bunga yang mekar semekar hati aku berbicara
Aku perlukan baja untuk menyemai benih yang baru
Dimana benih itu bisa buat aku bahagia kembali

Aku menangis lagi
kerna orang yang aku cintai lebih bahagia sekarang

kerna setahun yang lalu dia terseksa
Maaf kerna aku membuat kau terseksa

Aku rindu semua kenangn kita
Setiap kata kata kau ucapkan masih segar diingatan
Aku rindu akan dirimu
Tapi biarlah rasa itu aku matikan dengan sedikit perasaan membencimu

Kehadapan awak,
Saya masih rindu awak dan saya masih sayang awak
Ikhlas dari saya Nurul Atiqah untuk awak yang pernah menjadi putra dalam hidup ni.

Sunday 17 November 2013

tahu tak apa bezanya kawan dengan lawan

kadang kadang kita tak sedar yang kita cuba untuk mencari lawan
dan dalam kita berkawan sebenarnya
ada segilintir mereka adalah lawan kepada kita.

aku menjengkelkan,aku bukan penghibur apatah lagi seorang yang baik
kau cakap aku apa yang kau nak
sebab dalam masalah ni kawan adalah lawan
aku benci nak lawan
sebab aku rindu kita pernah berkawan
tapi kau tahu sakit bila kawan sendiri cakap
"you treat me like i don't have feeling like any one"
ni yang aku cakap orang yang baling tahi ke muka kita
aku dah cakap orang macam ni
memang selalu menyialkan apa yang aku rasa

kau tahu apa yang aku fikir?
kau tahu apa yang aku buat untuk kau gembira?
kau tahu aku cuba kuat?
kau tahu aku tipu bila kau tanya masalah aku?

jadi sebagai mukadimah nya senang aku ungkap
kalau kau rasa aku buat kau macam tu
jangan nak menyialkan perasaan orang lain

aku cakap sebab aku tahu
memang aku layan kau kadang kadang agak keterlaluan
jadi disini aku definisikan aku pun menyialkan perasaan kau
tapi aku tak pernah cakap

kau tahu apa rasa sakit ditinggalkan?
kau tahu apa rasa bila orang yang kau percaya baling tahi dekat muka?
kau tahu apa yang aku cuba sampaikan dalam bait bait kata aku?

aku terjemahkan dalam erti kata yang ringkas
kau tak kenal aku
dan kau dah mulai putus asa
bila aku cuba tunjuk diri aku yang sebenar
kau dah mula menyampah
dan lepastu kau luah apa yang kau tak puas hati.

jadi manusia itu jangan selalu untuk
mendefinasikan apa yang tersirat dan yang tersurat
apa yang kau tahu jangan kau tafsirkan
membabi buta sebab benda tu kau akan rasa dikemuadian hari

akhir kata sebagai pengajaran
jangan selalu membaling tahi dimuka orang kalau taknak orang baling tahi dimuka sendiri

benda ni ko tafsir la sendiri tak tahu p google sana !

Monday 11 November 2013

kalau jatuh buat aku kuat

Kali ini kali kedua kau buat macam ni
Sakit tu macam biasa
Airmata yang mengalir tu ibarat tiada surut
Cuba nak kuat 
Tapi hakikatnya aku perlukan seseorang

Kiriman tu ringkas 
Tapi boleh buat hati jadi tak keruan
Kata orang itu adatla bercinta
Ya boleh diterima
Tapi sampai bila sampai hati aku sendiri
Sakit bila nak bernafas
Sampai mata aku buta sebab menangis

Semua ni permainan duniawi
Kadang aku turut terjebak
Merungut yang entah tak dimasuk akal
Kadang terasa bagai ditusuk sembilu
Tapi hati yang degil
Terus bermain dengan duniawi ini

Apa yang aku butuhkan
Seorang yang menjadi konkkrit di belakang aku
Yang mana bila aku jatuh 
Dia ada untuk aku dia ada untuk kuat kan aku

Cuma sekarang aku kecewa 
Kecewa dengan sifat kau
Yang sering kali bila aku tanya
Kau mencari salah aku kembali

Biarlah hati yang lara ni akan tetap jadi bara.
Aku janji 


Sunday 3 November 2013

"kecewa tu macam biasa"

Paling kesal rasanya bila orang yang paling kita percaya tabur sial di muka
Tahu apa rasanya? rasanya sama macam bila didepan suka tapi
Dibelakang menabur domba.
Berhentilah dari rasa untuk menyialkan pearasaan orang sekeliling

Tapi bila korang dah pernah jatuh sekali
Rasa sialan dan kecewa tu macam biasa je,macam biasa okay !
Dah sampai satu tahap tu aku rasa biarlah rasa ni biasa biasa saja
Bagi aku rasa kehilangan tu bukan setakat hubungan antara
Sang puteri dan sang arjuna.

Bagi aku rasa sialan yang kadang kadang bila kehilang seorang sahabat
Bila rasa ni pada mulanya rasa serba salah
Dan akhirnya rasa bersalah tadi bertukar menjadi rasa sialan
Yang bila korang makan cili rasa pedasnya

Orang kata biarlah kita yang jaga hati orang,
Bagi aku boleh jaga hati orang dan bila pada satu tahap
Rasa sialan tadi datang
Lebih baik korang pergi bawa diri

Sebab tu selalunya bila korang dah jatuh sekali,
Rasa kecewa dan rasa disialkan orang tu macam "biasa  biasa saja"
Allah tahu apa yang terbaik.



Thursday 2 May 2013

Nukilan may :)

Assalamualaikum,rasanya sudah lama tak update blog ni,adalah dalam 4bulan,bukan sebab tiada masa untuk mengupdate cuma malas dan tiada cerita yang menarik untuk dikongsikan. selepas 4 bulan berlalu dan kini saya kembali, yeawh dengan perasaan teruja ni jejari runcing terus menaip tanpa berhenti.macam pelik bunyinya.hehe :)

Rasanya baru semalam masuk tahun baru 2013, tapi itu semua hanya mimpi, bangun nurul bangun !! sekarang dah bulan mei. sekejap masa berlalu ,banyak dugaan ,rintangan, tapi hidup mesti di teruskan.

Kadang kadang tersa diri ni dah tak diperlukan di dunia. ya Allah ,apa yang aku merepek ni.keluarga,kawan kawan sentiasa ada untuk diri ini,walaupun ada satu masa tu kita rasa lemah,lemah sampai rasa semua yang kita buat ni salah,orang di sekeliling kita hanya pandang remeh macam tiada perasaan,kutuk,cerca,hina bagaikan satu hobi bagi mereka.

Bangkit lah wahai nurul,mungkin mereka tidak mengerti apa itu hidup, apa itu sakit,apa itu gembira.mungkin tak semua benda kita boleh terima, simpan dalam hati membuatkan diri rasa lebih terluka. menangis salah satu cara yang boleh buat diri ni tenang, ramai yang kata aku lemah selalu menangis. sebenarnya aku mencari kekuatan dalam diri ini untuk teruskan kehidupan ini,cuba untuk tidak memikirkan tapi aku gagal .gagal untuk berbuat demikian.

Pengubat luka ni,hanya dengan mendegar suara dia, melihat senyuman nya. bagiku itu lah cara untuk diri ni tidak lagi terluka. Sakit,perih selalui menghatui diri ni.kadang kadang terfikir di mana salah ini yang buat hati orang lain terguris.

Kita hanya manusia biasa yang mungkin akan melakukan kesilapan.teruskan hidup ni. ubahlah cara pemikiran  macam ni wahai nurul.

Sepatah dua kata yang ingin ku sampaikan padamu, dirini tak mahu kehilangan mu, dirini tak mampu untuk membenci, dan dirini hanyalah seorang yang hanya menginginkan dirimu.apa yang aku dambakan dalam kehidupan ini. harap semua ini bukan mimpi.segalanya akan menjadi kenyataan. dan saya hanya mencintai awak sepenuh hati saya. i love you muhammad fazrul.