Tuesday, 5 February 2019

Aku menangis lagi kerana sedih.
Ya Allah tak kuat nya aku untuk tempuhi.
Kau pinjam kan kekuatan mu YaAllah.
Aku perlukan saat ini.

Monday, 4 February 2019

Terapi diri

Menulis hanya bila hati terluka, hati kecewa. Saat tu kau perlukan diri untuk sendiri. Orang sekeliling hanya akan bagi kata semangat.
The best part bila kau sujud kau rasa dekat. Terapi yang paling berguna bacalah terjemahan ayat Al-Quran bukan Sekadar dengar sahaja. Takut bila kita tahu tapi kita tak buat. See kan dah cakap Allah tu sayang kita.
Walaupun dalam hati kecil ni ada sedikit rasa rindu pada manusia.
Tipu kalau cakap semalam baru dapat berita sedih harini kita terus okay. Ambil masa untuk kenal diri. I Don't want to salahkan sesiapa dalam perkara ni. Kami baik tiada perselisihan faham cuma Allah kata setakat ini sahaja kita kenal diri masing masing.
Sebab dulu Allah aturkan pertemuan kita cantik waktu yang tepat aku terima dia bagi diri sendiri peluang untuk percaya cinta. Tapi restu ibu tu penting. Sakit tapi harus terima.


Sunday, 3 February 2019

To be strong

Assalamualaikum

Life has been bad lately, it happen so random. I tak minta pun jadi macam ni. Jadi lemah lepastu menangis untuk dapatkan kekuatan.

Kalau commit suicide itu halal i rasa i orang first yang buat. Nampak macam betul putus harapan kan.
Things would never be same like yesterday. Mungkin semalam aku gembira mungkin hari ini aku sedih dan terluka. Tapi kita kena percaya Allah plan. We need to follow. Well you cannot never predict life. Itukan rahsia Tuhan kepada hambanya.
Tapi satu perkara yang buat aku sedar kehidupan semalam dah buat aku jadi lebih kuat. Walaupun mental masih lagi ceramuk.

Korang pernah terfikir tak hidup ni akan jadi lebih mudah kalau kita berani buat keputusan kita boleh tanggung semuanya.
Aku tak pernah salahkan orang aku cuma nak tahu salah aku dekat mana. Explain to me kenapa jadi macam tu dan kenapa jadi macam ni.

Sebab aku seorang yang percayakan sesuatu yang aku nampak depan mata.

Sunday, 29 October 2017

GADIS

Jika benar gadis itu adalah aku.
Catatan ini ada untuk kamu.
Aku nampak Seperti kuat tapi tiap malam aku selalu memikir.
Hati aku menangis, perasaan yang macam ni yang aku hadapi saat aku kecewa dulu.
Tahu rasa kecewa tu macam mana? Pedih, perit seperti kulit di toreh.
Aku selalu kecewa dengan rasa macam ni. Satu je kau perlu tahu fikir kan perasaan ini terhadap awak tak akan pernah habis. 
Kalau kau rasa aku kuat, kau salah aku la gadis yang hati nya telah dilukai.

Jujur aku Penat bila menulis sambil menangis. 

Saturday, 28 October 2017

confession

Jujur saya suka awak. 

Tapi hakikat nya, saya tepuk sebelah tangan. Ya mana mungkin berbunyi.


Maaf, tapi saya suka orang lain. 



Macam biasa kena friendzone itu memang sedih dan menyakitkan.

Sunday, 1 October 2017

Bunga

Dalam banyak banyak bunga awak yang paling mekar dalam hati saya.

Hi bunga, harap kali ni awak tak lupa senyum pada saya.

Thursday, 28 July 2016

perempuan yang sedang keliru.



Dalam hidup ni kau kena give and take
Tak semua benda kau ambil je
Sesekali kau kena mengalah dan beri
Ye,  sebab kita manusia

Hari ni mungkin kau dipandang hina
Tapi akan Ada satu hari nanti orang akan sanjung kau

Caranya satu kau usaha
Yang penting kau dapat apa yang kau inginkan
Itu adat seorang manusia
selain DOA dan REDHA.
Faham?

Friday, 3 June 2016

JUNE

Lets talk about life, relationship macam bosan kan. Almost 3 months I breakup with him. Tbh, sedih juga la tapi sampai bila kan nak kena hadap sedih tu and btw dia pun dah jumpa pengganti. Glad to see you happy babe. Dalam keadaan yang tak berapa okay and assignment banyak macam dah tak ada masa nak fikir benda benda ni semua. One of my friends dia cakap. Kau dah lain tak macam dulu lemah masa break dengan f** haha bukan sebab lain ke tak for me I choose to be happy dan kenapa perlu sedih. Sedih ada la sikit bila homesick. Dan sepanjang 3 bulan tu untuk gembirakan diri sendiri. Paksa la pergi makan tempat tempat sedap buat aktiviti yang memang tak pernah berani nak buat sendiri. Selalu pesan dekat diri sendiri do something new, try to do something different. And set a goal, contoh bangun pagi esok aku kena happy set dekat minda. Benda tu akan kawal diri kita. Boleh nak sedih, sedih bertempat dan jangan layan sangat perangai tu. And satu benda yang penting be beautiful even you are ugly, find a new clothes, shoes or etc. Hangout with friends. Benda akan tolong korang daripada terus sedih teringat ex boyfriend.  Akhir sekali dont stalk him, yang ni susah sikit la kot kan huhu. 

Monday, 8 February 2016

Perit

Sekali lagi dugaan yang sangat besar
Sekali lagi perasaan yang sama muncul
Sekali lagi harapnya terus kuat
Tapi kali ini biar la rasa ini sendiri

Yang jauh jauh tetap dirindukan
Perasaan yang takut datang kembali
Tangan mengigil, otak memikir
Mungkin ini yang tertulis

Air mata yang tadinya ditahan tahan
Akhirnya berderai jua
Heii, aku kuat
Mesti kuat untuk diri sendiri

Hampir sepurnama dan perasaan
Gundah ini datang kembali
2016 ini mungkin ini pengceritaan nya
Yeahh aku dah bersedia untuk hadapi
Setiap dugaan yang mendatang
Selepas ini.
Bangkit, menangis bukan buat aku lemah atau kalah
Kau harus tahu!

Saturday, 2 January 2016

3 januari 2k16

Jangan sampai aku putus asa untuk suka terhadap lelaki.
Naik muak dengan semua benda ni. 

Thursday, 3 December 2015

Berat hati

Luka yang lama belum sempat pulih
Datang pula masalah baru.
Kadang tertanya juga

Wei salah aku ke jadi macam ni?
Aku ke punca benda ni semua berlaku

Rindu yang dulu dulu
Rindu setiap kali bila ada masalah
Orang pertama yang saya cari adalah awak
Tapi sekarang.
Rasa lain, lain sangat

Bilamana mana cuba untuk lelapkan mata
Mula terfikir " semua ni salah aku ke?"
Tak faham sungguh.

Kali keberapa percaturan semakin salah
Luka yang dulu belum terubat datang lagi luka baru

Sekarang siapa nak tampal balik luka ni
Sekarang siapa lagi nak dengar cerita sedih sedih tu 
Sekarang siapa lagi nak cakap " takpe la saya kan ada"
Rindu tapi benda tak akan jadi seperti dulu kan?

Thursday, 30 July 2015

spesis kawan

Agak lama dah perhati kan benda macam ni.
Ke yun sorang je yang perasan?
Spesis kawan yang kejap datang kejap pergi tu macam biasala
Tapi jenis kawan yang kau anggap dia kawan baik
Tapi dia krikk krikkk lebih kan pakwe dia.
Ke yun dulu pun cemtu ( tanya je)
Spesis yang macam ni bukan tak suka
Tapi bosan wei, macam hidup kau dengan bf kau je.

Ramai juga kawan yun yang ada pakwe okay je dengan kawan kawan
Dan ada ramai juga yang lebihkan pakwe tettttt
Orang kata itu macam hal peribadi
Mungkin dia ada sebab cemtu so dia layan kawan kawan dia biasa je
Cuma untuk kau yun, sabar je la
Mungkin ada hikmah.
Senangkan hati orang selagi mampu.

Friday, 3 July 2015

once

Secara jujurnya aku dah benci untuk berkawan
Opss bukan taknak tapi sikap percaya pada orang ni
Buatkan diri kadang kadang menyampah

Aku tahu masa aku gaduh dulu
Ada yang report dekat dia tentang aku
Sekarang kau dah puas belum kawan?
Lupa aku tak layak nak bahagia macam korang.

Dan secara jujurnya aku pun bosan
Nak tengok perangai yang bajet baik kau tu.
Sumpah bosan.


Tuesday, 30 June 2015

Degil

Masa aku tulis entry ni
Aku mula terfikir memang dekat dunia ni tak ada ke
Yang faham perangai aku.

Kadang kadang sedar yang diri ni
Memang degil sangat degil
Jangan cabar tahap kedegilan aku
Owh lupa hari ni puasa tapi dari semalam aku tak jamah sebutir nasi.

Bukan kuat tapi ego aku kuat.
Kan dah cakap tadi aku ni degil.
Macam mana lah nanti orang nak tahan dengan aku
Kalau degil macam ni aku selalu memberontak
Kau dapat bayangkan?
Kuat dugaan untuk kali ini
Harap Allah bagi lagi kekuatan
Untuk tempuh satu satu.

Friday, 19 June 2015

rindu mungkin

Tak penat ke hari hari doa sebut nama dia.

Sebab sayang aku selalu ingat dia.
Ingat untuk dua dua berubah.

Thursday, 18 June 2015

Alhamdulilah

Terima kasih pada mana yang sudi untuk terus berkawan.
Terima kasih terus terus bagi semangat
Terima kasih kerana selalu ada

Satu hari nanti tuhan pasti akan membalas jasa baik kalian
Kepada mana mana yang pernah hadir dan sekarang pergi.

Terima kasih untuk perkenalan
Terima kasih pernah hadir

Sunday, 7 June 2015

Mulut murai

Bila manusia sibuk nak jadi tuhan,
kononnya dia sahaja yang benar
Tahu tak hidup ni tak selalu indah
Dua tahun setengah bergelut
Kadang manusia ni tak faham.

Fikirnya mudah,
Dua tahun setengah paksa diri untuk belajar.
Bukan apa, itu je jalan nak betulkan
Attitude yang dari tak betul jadi betul.

Makcik, saya diam
Bukan sebab saya tak peramah
Tapi malas nak bercakap.
Nanti cakap terasa pula kurang sopan.

Dua tahun setengah tadi saya belajar.
Bagi la saya habiskan masa dengan family.
Ada rezeki kerja tu datang.

Cuma saya nak pastikan.
Makabah saya cukup ilmukan kami adik beradik.
ilmu tu penting.
Jadinya kami sekeluarga tak perlu dengar
Mulut puaka dari orang yang entah
Diri sendiri betul atau tidak.

Dari kami sekeluarga hidup susah.
Sampai sekarang kami bahagia dengan hidup sederhana ni.



Wednesday, 13 May 2015

Rindu

Degil sebab tu rindu macam ni.

Friday, 16 January 2015

penantian

Saya boleh janji tunggu awak

Asalkan awak tak bagi hati awak dekat orang lain.

Saya sayang awak